Pasti masing-masing mempunyai kisah tersendiri ketika di sekolah dulu. Sekolah berasrama yang penuh suka dan duka. Aku juga punya versi sendiri.
Masihku ingat saat aku menemuimu ketika di tingkatan 5. Pertemuaan singkat yang tidak disangka-sangka itu rupa-rupanya meninggalkan kesan yang amat mendalam. Aku jatuh hati. Hatiku menjerit mengatakan bahawa engkaulah yang akan bersama-samaku kelak. Bersama mencipta nostalgia yang tak mungkin dilupakan. Walaupun tidak mengetahui takdir Ilahi, namun aku dapat rasakan sesuatu yang aku sendiri tak memahaminya. Walaupun saiz engkau agak kecil, berpenampilan biasa, tidak mewah, langsung tidak menghalang aku daripada memilihmu. Aku pasti keputusanku muktamad!
Aku mula menunjukkan minat terhadapmu secara diam-diam. Memendam sahaja rasa di hati. Ya, aku seorang pemendam! Sukar tuk meluahkan. Namun, naluri seorang ibu ternyata begitu kuat. Insan bernama ibu ini mampu menyelami perasaan yang terpendam oleh sang anak. Akhirnya, aku mula menzahirkan apa yang tersirat. Diceritakan segalanya. Ummi turut menyetujui pilihanku. Gembira! Hati bagai turut tersenyum ketika detik ini.
Walau apa jua manusia berkata tentang dirimu, aku masih disini bersama. Bersama sehingga keakhirnya. InsyaAllah! Semakin lama, semakin hebat dan dekat ku rasa denganmu. Mungkin manusia lain sebaliknya, tetapi nostalgia dan kenangan bersamamu membuatkan aku terus setia..
Masih setia denganmu.. Walau di mana juaku berada, sentiasa disampingmu. :)
Nota : 1) Tadek pun kisah kt sekolah. Nset yg dibawa ke sekolah je. Huhu.
2) Malas nak tukar enset.
3) Lepas buat ucapan kt RPS pada kertas wana2, dapat idea buat neh. Haha. :))
Masih setia denganmu.. Walau di mana juaku berada, sentiasa disampingmu. :)
Nota : 1) Tadek pun kisah kt sekolah. Nset yg dibawa ke sekolah je. Huhu.
2) Malas nak tukar enset.
3) Lepas buat ucapan kt RPS pada kertas wana2, dapat idea buat neh. Haha. :))


10 comments:
wahai dunia... lihat lah henset insan nie yg terpapar 'indah'
Anon >>
haha. apasal ada tanda '..' pulak..ha.
sememangnya indah pe..hahah.
kui3..ayat jiwang abis..rupanya cuma si dia yg comel~haha
huhu teringat hp aKU!!!
EINALINA >>
Aik?
npe de tanda seru tuh? ilang ke?
Hm..mmndangkn da agak lama aku gne hp neh.
so, tujukan lah entry neh kt dia..haha.
Jangan suka tunjuk HP
Anon >>
xbole. tuh mmg hobi aku.haha.
haha wat suspen je la! ;D
[nur.atiqah.zayadi] >>
haha! sket2 la.
suspen tuh penting dlm pembikinan ssebuah cerita,"kata cekgu hajar..
Hehe. *ala2 cm2 la dia ckp. Haha.
apabila 'bangau' mula brkata..
Fir >>
apabila 'bangau' mngatakan org 'bangau'.. :P
Post a Comment