Novel, ilusi dan realiti


Begitu kuat pengaruh dan tarikan penulis novel terhadap dunia sekelilingnya. Hanya punya pen dan kertas saja sudah cukup untuk menerobos halangan, menyerap pemikiran, mengawal segala tindakan. Bagus jika memberi impak yang baik dan melahirkan pemikiran kritis, menzahirkan tindakan yang rasional dan baik. Namun sebaliknya, tidak rasa bersalahkah walaupun setitik dan sedetik, demi mencapai secebis cita-cita dina menyembelih leher, memutuskan urat yang telah lama tercipta. Mengapa ? Sampai bila mahu memotong leher yang telah lama hampir terputus dan tergantung-gantung itu? Masih dihunus, dihalakan senjata tumpul di leher. Mungkin kulit tebal, tapi hati belum tentu kebal.


Tampil hebat dalam masyarakat mengumpil rahsia yang lama terbenam. Hebah berita, cerita batil, pembaca dicucuk hidung jahil percaya ihsan insan ganjil. Mungkin dalil-dalil sudah menjajah minda, sudah tertanam jauh ke dalam. Apakah sudah ketandusan kasih sayang, merebahkan sayang yang terkumpul di mata pena ? Bukan cerpen dihasilkan, namun novel berjela. Watak sendiri bersembunyi sebalik watak cerita. Gah berdiri menundukkan lain yang berdiri. Berjuta mencintai watak cerita, tak sedar ia watak ilusi. Penulis tenggelam dalam percintaan watak karya sendiri ? Berpura-pura lemas setengah mati kerana cinta setengah hati ?


Seronok, bahagia lihat ramai membeli novel karya hati mati. Gembira lihat pembaca menyulitkan diri, mengorbankan ringgit demi ilusi yang indah. Setiap episod yang menyedihkan, merutun jiwa pembaca. Realitinya, bukan semua pembaca boleh dibeli hati atau pemikirannya. Mungkin pembaca membeli untuk membaca minda penulis. Kita lihat bagaimana Pencipta yang mencipta, mentadbir dan memelihara alam ini mengatur segala.. Kita takut Dia membolak balikkan hati ini, tapi kita harap moga hidayah dan redha sentiasa diberikan kepada kita semua. Kita tak tahu bagaimana masing-masing punya nasib kelak kerana... Dia yang pegang jalan cerita kita. !





Nota :

1) Maaf. Pos ini memang ditulis untuk memeningkan orang lain.
2) Tidak ada kaitan dengan mana2 penulis novel.
3) Aku sendiri pun minat novel.

Adik Muhd Rifqi Amzar


Anak sepupu. :)

Lawatan ke Asrama Akhlak (Perempuan) Jitra

Sejarah dahulu sudah lama berlalu. Tidak ada sesuatu apa pun yang mampu mengembalikan kita ke masa lampau untuk mengubah episod hitam dalam diri. Hanya masa.. sedikit demi sedikit memadam kisah lalu yang amat menyedihkan. Perubahan perlu dilakukan demi masa depan yang lebih baik.


Pada 24 Disember 2011, Kelab Khidmat Masyarakat Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) telah membuat lawatan ke Asrama Akhlak (P) Jitra bagi mendekati golongan yang telah melakukan sedikit kesalahan supaya mereka tidak terasa terasing dengan masyarakat yang sebenarnya masih lagi menyayangi mereka. Banyak aktiviti telah dijalankan dan sedikit sebanyak kita dapat menyelami perasaan, luahan hati, pandangan mereka. Aku akui, mereka hebat. Ada yang mendapat 7A dalam PMR dan idea dalam aktiviti amat mengagumkan. Namun, mereka tidak mendapat perhatian dan pendidikan di rumah dengan sempurna. Diharapkan dan kita doakan moga mereka dan diri kita akan lebih cekal dalam menghadapi dunia yang lebih mencabar.


barisan faci


pertandingan mereka costume


Tengah sediakan peralatan2 untuk acara luar. Cari gula2 dalam tepung.


Ni acara tak rasmi. Nama acara, main tepung suka hati. Dengan aku2 sekali kena.


Kat pintu pagar asrama. Semoga semua pihak dapat manfaat daripada aktiviti ini. Babai~~



Nota :

1) Banyak lagi gambar. Lain2 gambar ada kat fb.

2) Semua faci dalam 40 orang. Tapi 4 orang je lelaki. Huhu.

Popcorn , aku dan budak itu

Kredit : Pakcik Gugel


Teman ummi pergi pasar malam. Sudah abes beli semua barang2 yang nak dibeli, tiba2 ternampak satu gerai jual popcorn dalam plastik. Mengidam setelah lama tak makan, mungkin sudah bertahun kot tak makan. Jadi aku dan ummi menghala ke gerai itu, jiwa kebudak-budakkan sedikit sebanyak telah meresap dalam diri. Setelah usai membeli, gembira terasa. Lama tak jumpa kan.


Sudah hampir terlupa bagaimana rasanya popcorn yang berwarna-warni itu. Banyak jugak barang yang aku bawa, jadi aku mengambil keputusan untuk mengangkat barang2 itu keparas dada dan mengampu dengan kedua2 tangan dari bawah bagi mengurangkan beban. Ahh, baru selesa begitu.. Tiba-tiba dalam ratusan manusia itu, terdengar suara seorang kanak-kanak bersebelahan denganku merengek-rengek kepada ibunnya (untuk membeli sesuatu) sambil menunjukkan kearah popcorn yang sedang aku bawa itu. Semua orang boleh nampak, sebab sudah diangkat tinggi.


* * * * * * * * * * * * * * * *

Suasana terasa seperti gelap seketika. Walaupun pasar malam ketika itu diterangi lampu2 yang bergemerlapan. Riuh rendah sebentar tadi bertukar menjadi sunyi sepi diam seinfiniti bahasa. Malu tahap gaban dirasakan sudah meresap disegenap urat2 ditubuhku. Terasa seolah2 seluruh manusia memandangku dengan pandangan hina, pelik dan jelik. Aku tak bersalah. Hanya membeli popcorn. Aku tau popcorn disitu hanya kanak-kanak saja pergi membelinya. Aku hanya mengidam. Huhu.




Nota :

1) Budak2 neh terus terang betul. Bikin malu depan orang lain. Haha.
2) Pasar malam terbesar di Perlis, hari rabu di stadium Kangar.
3) Ummi ketawa tak berenti dengan kejadian tu. Adoi.
4) Kalau nak beli popcorn, aku akan bawak kat sisi (jinjing) saja.
5) Ngidam gula kapas pulak, Hahaha

Related Posts with Thumbnails